Assalamualaikum para bloger..
Pejam celik kita tinggal 4 hari sahaja lagi untuk detik lebaran. Masa begitu pantas meninggalkan kita tanpa sedar. Malam 7 likur semakin hilang, bagi anak-anak kegembiraan yang bakal tiba pasti tidak terhingga puasnya. Mak dan ayah berhabis wang untuk kos perbelanjaan raya. Mesti kehadiran Syawal kali ini menjanjikan keriangan dan kegembiraan tidak terhingga.
Dalam kesibukan kita meraikan hari lebaran yang bakal tiba, jangan pernah lupa akan hari kemerdekaan yang hadir bersama Aidilfitri. Tanggal 31 Ogos ini, genap 54 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan.
Pejuang-pejuang yang telah gugur mempertahankan negara kita perlu kita sanjungi. Jesteru kehadiran syawal serta takbir raya kali ini perlu dilengkapkan dengan doa untuk para pejuang yang telah gugur dalam mempertahankan negara kita daripada penjajah.
Di kesempatan ini, team ASTANA ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAN untuk semua kenalan.
Semoga SYAWAL kali ini membawa kita semua kembali kepada FITRAH dan raikan KEMERDEKAAN yang kita kecapi kali ini dengan nikmat dan kesyukuran.
Nantikan kehadiran Team Mesra Raya 2011 kerumah anda.
Salam perjuangan dan salam kasih sayang.
Team ASTANA 2011




No comments:
Post a Comment