Friday, 28 October 2011

Team Mesra Raya 2011

Salam para blogger,

Seperti yang diaturkan dalam kalendar program tahunan ASTANA 2011, Team Mesra Raya akhirnya menutup tirai aktiviti untuk raya tahun ini.

Allhamdulilah segala perancangan dan jadual yang telah di bincangkan dapat dilaksanakan dengan baik. Terima kasih diucapakan kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Program yang bertujuaan merapatkan silaturahim ini dapat mencapai objektifnya iaitu dengan menarik lebih ramai rakan-rakan mengenali ASTANA dengan lebih dalam lagi.

Jesteru itu kami memaparkan laporan sepanjang aktiviti Team Mesra Raya ini :-

Hari Pertama ( Raya Ketiga 1 September 2011 )

2.00 p.m. : Team Mesra Raya 2011 membuka tirai dengan menziarahi rumah Presiden Sdr. Fakaruddin.


4.30 p.m  : TMR 2011 ke rumah Sdr. Azim di Rumah rakayat Astana Raja.


5.00 p.m. : TMR 2011 memacu kenderaan mereka ke Kg. Padang, rumah sahabat kita Sdri. Ramlah



Selepas selesai menziarahi rumah di sekitar Astana Raja, kami berkunjung ke Pedas.

6.30 p.m  : TMR 2011 tiba di kediaman Sdri. Zana yang terletak di Tmn Pedas Perdana.

7.00 p.m  : Sdri. Faz membuka pintu untuk TMR 2011 menziarah.


Deligasi TMR 2011 ke Linggi untuk menziarahi rumah Eryna

8.00 p.m  : Tiba di pekarangan rumah Sdri. Eryna. Rumah Eryna merupakan destinasi terakhir untuk hari pertama.



Linggi adalah destinasi terakhir untuk hari pertama. Dalam perjalan pulang satu kejadian yg tidak diduga telah berlaku. Satu kenderaan dari peserta TMR 2011 telah mengalami kerosakan. Namun masalah ini dapat ditangani oleh pakar-pakar Dr. kereta yang terdiri dari followers TMR 2011.




Hari Kedua ( Raya Keempat 2 September 2011 )

11.00 a.m.  :    Deligasi TMR 2011 memulakan tirai untuk hari kedua dengan melawat rumah Timbalan
                       Setiausaha ASTANA Sdri. Siti Nadia.

12.00 p.m.  :    TMR 2011 ke rumah Sdr. Aris Fareeza di kampung Serajin.

12.30 p.m     :    Memeberi Laluan kepada ahli untuk menunaikan Solat Jumaat. 

2.30 p.m       :   TMR 2011 tiba diperkarangan rumah Timb Bendahari Sdri. Nurul Wahida di kg. Padang.


3.00 p.m       :   TMR 2011 ke kampung Legung Ulu. Kami tiba di rumah Sdri. Siti Hajar.


3.30 p.m       :   Seterusnya kami ke rumah Sdri. Noranis di Kg. Sri Tambah.


4.30 p.m       :   Kami tiba di rumah Sdri Ain di Kg. Legung Ulu.


5.00 p.m       :   TMR 2011 menutup tirai untuk hari ke-2 dengan menziarahi rumah Sdri. Nadia



Hari Ketiga ( Raya Kelima 3 September 2011 )

Team Mesra Raya 2011 mengluangkan hampir setengah hari di rumah timbalan presiden Sdr. Kharol Nizam. Aktiviti pada hari ini adalah seperti berikut :-

9.00 a.m             :         Berada di Rumah Sdr. Kharol Nizam. ( SKAR 1994-1999 & SEMENDA 2000
                                    - 2004 )






3.30 p.m             :         TMR 2011 ke rumah Sdri. Azila Abdullah ( SKAR 1997-1999)




4.30 p.m             :         TMR 2011 ke rumah Sdr. Mohd Falique ( SKAR 1997-1999 )



6.00 p.m             :         TMR 2011 meneruskan misi rayanya ke rumah Sdr. Azri ( SKAR 1994-1999
                                     & SEMENDA 2000 -2004).

8.00 p.m             :         Rumah Sdr. Mohd Zin ( SKAR 1994-1999 & SEMENDA 2000-2003)

9.00 p.m             :         TMR 2011 hari ini melabuhkan tirai di rumah Sdr. Afiq ( SKAR 1994-1999 &
                                    SEMENDA 2000-2004 )


Team Mesra Raya melabuhkan tirai misinya pada hari ini. Insyallah tradisi melawat sahabat andai akan di teruskan di tahun hadapan. Semoga para sahabat dapat memaafi antara satu sama lain seiring dengan objektif yang dibawa oleh Team Mesra Raya 2011.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday, 24 August 2011

Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-54

Assalamualaikum para bloger..

Pejam celik kita tinggal 4 hari sahaja lagi untuk detik lebaran. Masa begitu pantas meninggalkan kita tanpa sedar. Malam 7 likur semakin hilang, bagi anak-anak kegembiraan yang bakal tiba pasti tidak terhingga puasnya. Mak dan ayah berhabis wang untuk kos perbelanjaan raya. Mesti kehadiran Syawal kali ini menjanjikan keriangan dan kegembiraan tidak terhingga.


Dalam kesibukan kita meraikan hari lebaran yang bakal tiba, jangan pernah lupa akan hari kemerdekaan yang hadir bersama Aidilfitri. Tanggal 31 Ogos ini, genap 54 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan.


Pejuang-pejuang yang telah gugur mempertahankan negara kita perlu kita sanjungi. Jesteru kehadiran syawal serta takbir raya kali ini perlu dilengkapkan dengan doa untuk para pejuang yang telah gugur dalam mempertahankan negara kita daripada penjajah.

Di kesempatan ini, team ASTANA ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAN untuk semua kenalan.



Semoga SYAWAL kali ini membawa kita semua kembali kepada FITRAH dan raikan KEMERDEKAAN yang kita kecapi kali ini dengan nikmat dan kesyukuran.

Nantikan kehadiran Team Mesra Raya 2011 kerumah anda.

Salam perjuangan dan salam kasih sayang.

Team ASTANA 2011
   

Tuesday, 23 August 2011

Kata Aluan dari ASTANA

Assalamualaikum..

Salam perjuangan dan salam kasih sayang untuk semua pembaca blog..

Hari ini terukir satu sejarah kerana wujudnya satu persatuan yang diberi nama ASTANA. ASTANA ini bermaksud Angkatan Sekata Teguh Anak Negeri, Astana Raja.

Di sini kami memeperkenalkan terlebih dahulu tulang belakang yang mengerakkan persatuan ASTANA :-

Presiden                     :   Saudara Mohammad Fakaruddin Bin Mohd Sanny.
Timbalan Presiden       :   Saudara Kharol Nizam Bin Karim.
Setiausaha                 :   Saudara Azim Bin Md. Kasim
Timbalan Setiausaha   :    Saudari Siti Nadia Kamarulzaman
Bendahari                   :   Saudara Mahadi Bin Mustapha
Timbalan Bendahari     :   Saudari Nurul Wahida Binti Malik
Ahli Jawatan Kuasa     :
                                  - Sdr. Ahmad Faizul Mohd Fauzi
                                  - Sdr. Mohd Fadzly Nordin
                                  - Sdr. Aris Fareeza Redha
                                  - Sdr. Mohd Faizul Nordin
                                  - Sdr. Mohd Zin Roslan
                                  - Sdr. Suhaimy Mohd
                                  - Sdr. Razdi

*Jawatan kuasa ini dilantik berdasarkan kehadiran ahli ketika Malam Mencari Sinar yang telah diadakan pada 23 Ogos 2011 lalu.

Visi dan Misi persatuan ini adalah seperti berikut :-

VISI
" Mewujudkan satu ikatan perhubungan dan persefahaman antara bekas pelajar SKAR dan SEMENDA"

MISI
"Menyediakan aktiviti-aktiviti menarik dan menjana pemikiran anak muda ASTANA supaya mampu bersaing dengan anak-anak muda di Malaysia "

OBJEKTIF
- Mengumpul dan merekodkan semua data bekas-bekas pelajar SEMENDA dan SKAR.
- Mewujudkan satu persefahaman yang baik diantara ahli-ahli.
- Memberikan perkhidmatan untuk ahli persatuan seperti peluang kerjaya dan peluang perniagaan.